Followers

Sabahan Chatters

Photobucket

Sunday, November 28, 2010

Just For Laugh Part 3~~ Have A Blessed Sunday ALL.



Alow~~ people~~ Wishing u all happy sunday and happy resting, for those working today may god bless u always amen. so, any planing today?

TERLUPA MAKAN

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri:  Bang, bangun bang...bangun la cepat

Abu:  hish apa ni kejutkan orang tengah-tengah malam ni

Isteri:  Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena
          makan ubat sebelum masuk tidur.

Abu:  Ubat apa ?

Isteri: Ubat tidur.

Abu:  wtf!@#$%^&


NENEK Abu

Abu hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Abu:      Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!

Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...

Abu:     Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Abu lagi mengingatkan)

Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.

Abu:     Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Abu lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!

Abu terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh
dari motornya.

Abu:     Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat
agaknye?

Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!

Abu:     Nenek pegang kat mana?

Nenek: pagar rumah.

Abu:    Wtf!!!@#$%^&*."



Telephone

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya 

menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. Selepas si anak 

membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. 

Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab. Si isteri pun 

dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri 

membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya 

memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

!@#$%^&* punya budak


Lelaki Tua

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. 
Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan 
lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah,

lelaki tua : Nak pakcik nak bagi nasihat sikit.....

Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri.

lelaki tua : Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!

Si budak berkata,Datuk saya dulu pun ada nasihat juga.

lelaki tua : Dia pun nasihat supaya jangan makan makanan ringan jugak ke?

Budak Kecil : Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...